Saturday, 28 October 2017

Peperiksaan Profesional IT Malaysia - MITPE

Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE)

 MITPE adalah peperiksaan yang dikendalikan untuk mengukur tahap kompetensi profesional teknologi maklumat (IT) di Malaysia. Program pensijilannya adalah sama taraf dengan peperiksaan IT yang dikendalikan oleh JITEC-IPA dari Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri,  (METI) Jepun. Peperiksaan MITPE dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan telah mula dilaksanakan pada Oktober 2005.

Jawatankuasa IT Skill Standard ditubuhkan untuk memastikan kurikulum IT dan tahap kompetensi professional IT adalah bertaraf tinggi.  Ahli jawatankuasa IT merangkumi MOHE, JPA, 17 buah institusi pengajian tinggi awam, Open University Malaysia, SIRIM, PIKOM, MCMC, MDC, MAMPU, dan pihak swasta yang lain. MITPE juga secara automatik  diiktiraf oleh METI, Jepun.  Dengan yang demikian, calon yang berjaya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bekerja di firma Jepun di Malaysia.

Seseorang professional IT yang mempunyai sijil MITPE (diiktiraf oleh KPT, Malaysia) akan diiktiraf sebagai professional IT yang berkelayakan. Peperiksaan MITPE diadakn 2 kali setahun iaitu pada April dan Oktober setiap tahun.

(sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia , http://portal.mpm.edu.my/en/web/mpm-mobile/mitpe