Friday, 17 September 2021

 

RASMI: Tarikh Buka Sekolah Bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 PPN – KPM

Tarikh Buka Sekolah Terkini Susulan PPN / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam Sidang Media pada lalu, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 3 Oktober 2021.

Perincian SOP pengoperasian sekolah telah diumumkan melalui sidang media pada jam 3 petang, 12 September 2021.

Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam Sidang Media pada lalu, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 3 Oktober 2021.

Perincian SOP pengoperasian sekolah akan diumumkan melalui sidang media pada jam 3 petang, 12 September 2021.

Berikut dikongsikan perincian SOP oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

SOP Pengoperasian Sekolah Bermula 3 Oktober 2021

Menteri Pendidikan telah mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021.

Pembukaan sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa PPN setiap negeri seperti berikut:

FASA 1

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja

FASA 2

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
  • Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah

FASA 3

  • Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko

FASA 4

Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.

Kehadiran Murid Ke Sekolah Hanya 50% Daripada Enrolmen Keseluruhan, Sistem Penggiliran Dilaksanakan

Penggiliran minggu akan dilaksanakan di mana

  • Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
  • Kapasiti kelas dihadkan kepada 50%
  • Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan

Ada beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan fasa-fasa berikut:

  • Murid bekerperluan khas
  • Murid Ting 6 / Peperiksaan
  • Murid sekolah asrama sepenuhnya
  • Murid kelas peperiksaan
  • Murid sekolah tadika 4-6 tahun
  • Sekolah kurang murid

PELAKSANAAN MENGIKUT FASA PPN PULA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

FASA 1

FASA 2

FASA 3

FASA 4

Sesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Hingga Mac 2022.

Sementara itu, Dr Radzi turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022. Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.

Tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman dan menguasai topik-topik yang ketinggalan pada tahun ini akibat wabak. Manakala, murid Tahun 1 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022.

SOP TERKINI SEKOLAH YANG PERLU DIAMBIL MAKLUM

  • Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)
  • Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
  • Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
  • Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.
  • Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.
  • Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
  • Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.
  • Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.

MUAT TURUN SLIDE SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH KPM PDF

Maklumat Lanjut

Pertanyaan mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh diajukan kepada TALIAN HOTLINE Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah di talian berikut:

  • 03-8884 5020
  • 03-8884 5336
  • 03-8884 5022
  • 03-8884 5122

*Sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dr Radzi Jidin untuk info terkini.

Sunday, 29 August 2021

Mengikut kajian Jobstreet, ini senarai pekerjaan paling dicari-cari pada tahun pandemik 2021

APABILA pandemik Covid-19 melanda seluruh negara, ia bukan sahaja memberi impak kepada aspek kesihatan malah situasi ini turut melumpuhkan beberapa sektor ekonomi sehingga ramai yang hilang pekerjaan secara mengejut.

Tidak dapat dinafikan ada antara anda yang sudah berbulan-bulan tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap. Ada juga yang menghabiskan waktu di rumah untuk mencari kerja kosong di media sosial dan portal agensi pekerjaan bagi mencari peluang membina kerjaya semula.

Lebih terkesan para graduan yang baru saja ingin menapak ke alam pekerjaan sepanjang tempoh pandemik, mereka sangat memerlukan pengetahuan dan bantuan agar mudah mendapat kerja dalam bidang yang sesuai.

Berdasarkan kajian dan data internal yang dilakukan oleh Jobstreet terdapat 6 jenis pekerjaan paling dicari-cari pada tahun 2021 yang anda perlu tahu.

1. Pemasaran Digital

Kini semuanya di hujung jari, begitulah situasi sekarang di mana kebanyakan pekerjaan melibatkan jawatan ‘digital marketing’ kerana ia sangat diperlukan untuk memasarkan sesuatu produk melalui platform digital dan media sosial.

Pemasaran digital merupakan bidang yang luas di mana seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam platform laman web, media sosial, strategi, reka bentuk dan memerlukan kemahiran lisan yang baik.

2. Strategi Media Sosial

Jika anda lihat di mana-mana media sosial tentang sesuatu produk atau jenama itu adalah salah satu pekerjaan seseorang yang melakukan strategi media sosial. Ia berperanan sebagai ‘mastermind’ dalam mengendalikan media sosial.

Pekerjaan ini melibatkan kreativiti untuk meningkatkan interaksi antara bersama pengikut media sosial, menganalisis trend masa kini dan menyediakan kempen bulanan.

3. Pereka UI UX

Pereka User Interface dan User Experience adalah dua kemahiran yang berbeza tetapi keduanya melengkapi dalam proses untuk menyiapkan sebuah aplikasi dan permintaannya semakin meningkat.

4. Logistik

Bidang logistik atau pengurusan sumber memerlukan tenaga kerja yang ramai. Industri ini juga menawarkan banyak peluang pekerjaan yang terdiri daripada penyelia logistik, pengurus rantaian pengedaran sehingga penganalisis rantaian pengedaran.

5. Penulis dan Penulis Iklan

Bagi yang gemar menulis dan mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan, anda boleh mencari pekerjaan ini kerana ia amat diperlukan dalam setiap syarikat. Content writer adalah bidang kerja di mana penulisan tersebut bersifat lebih informasi dan deskriptif.

Manakala copywriter digunakan dalam bidang periklanan, seperti kapsyen pada gambar produk. Terdapat beberapa syarikat yang menggabungkan kedua jawatan ini mengikut pengalaman seseorang.

6. Eksekutif Jualan

Setiap syarikat amat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan jualan dari masa ke masa walaupun berdepan dengan situasi pandemik. Selain mengawal prestasi jualan, ia juga berperanan untuk menjawab segala pertanyaan mengenai produk atau jenama syarikat tersebut.

Pilihan kerjaya anda akan menentukan proses pemilihan kerja sama ada cepat ataupun lambat diterima. Kaji terlebih dahulu minat dan kemahiran anda di mana supaya ia lebih mudah apabila anda menyandang jawatan seperti di atas.


Sumber : https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2021/06/18/mengikut-kajian-jobstreet-ini-senarai-pekerjaan-paling-dicari-cari-pada-tahun-pandemik-2021